Solusi Lengkap Untuk Klinik, Pesakit & Perniagaan

Urus & pantau semua klinik dari mana-mana tanpa bergantung kepada teknologi awan

IntelSys adalah teknologi semua dalam satu terkini untuk pengurusan efisien khas untuk klinik klinik di Malaysia.

Dibina oleh doktor doktor yang sebenarnya menguruskan rangkaian klinik sendiri, IntelSys mempunyai aliran kerja yang sepadan dengan doktor. Mudahkan kerja administrasi, tingkatkan pendapatan dan kurangkan kos melalui sistem yang lengkap namun mudah


Awan atau tidak, terpulang kepada anda

IntelSys boleh dicapai melalui akses di awan, tetapi melalui pengalaman kami tahu betapa sukarnya bila akses internet tergendala walaupun untuk seketika. Untuk memastikan akses yang tidak terganggu, IntelSys boleh digunakan walaupun capaian internet tergendala atau kurang baik


Risau data klinik boleh dilihat oleh yang lain?

Mustahil untuk menjamin keselamatan data di awan. Dengan konsep 'big data' yang semakin popular, apa yang lebih menarik kepada orang luar daripada data peribadi/perubatan?

Kurangkan kerisauan, IntelSys boleh dikonfigurasikan supaya boleh dicapai melalui internet tanpa menyimpan data di rangkaian awan (cloud). Sistem unik IntelSys memastikan akses berterusan tanpa bergantung kepada internet.

IntelSys Pilihan Doktor...

Sistem yang mudah difahami

Tidak banyak latihan yang diperlukan untuk hampir semua doktor yang menggunakan IntelSys untuk pertama kali. Ini kerana IntelSys direka untuk serasi dengan cara doktor dilatih untuk merekod maklumat (clerking). Semua perkara penting boleh dilakukan tanpa berpindah daripada aplikasi yang sedia ada.

  • Aplikasi pintar namun mudah dengan ciri-ciri yang intuitif. Jimat ribuan ringgit dengan sistem inventori, akaun & penggajian (payroll) serba maju yang disertakan sekali
  • Applikasi ringan tapi teguh, berkemampuan untuk menangani mana-mana saiz dan jenis klinik
  • Ciri-ciri yang boleh disesuaikan dengan keperluan klinik dengan menepati keperluan mana-mana pelanggan korporat/panel
  • Tepat & teratur dalam pantauan submisi bil/caj, invois & pembayaran panel
Integrasi Makmal
Terima laporan makmal terus ke dalam IntelSys secara otomatik

HL7 & DICOM Sedia Ada
Terima xray, imej ultrasound & data dari peralatan perubatan terus ke IntelSys. Hantar xray untuk laporan dari Radiologist secara online

Keselamatan Data
Tidak perlu gadaikan data perubatan atau perniagaan kepada pihak ketiga
Lengkap & Fleksibel
  • Perubatan AM/Rawatan Utama
  • Estetik/Kecantikan
  • Kesihatan Perkerjaan
  • Klinik Pakar
  • Lebih dari 1 doktor
  • IntelSys Direct Image Capture IntelSys Electronic Signature

    Rakan Kongsi Doktor

    Pengalaman kami dengan beberapa sistem lain sebelum ini agak sukar kerana tidak ada satu pun yang sesuai atau lengkap untuk kegunaan klinik GP, oleh sebab itu kami membina sendiri IntelSys untuk menangani semua aspek pengurusan klinik dengan berkesan. Kini, walaupun dengan satu staf yang terlatih, semua klinik yang dirangkaikan dengan IntelSys boleh diuruskan tanpa memerlukan tenaga kerja khas di setiap klinik. Ini dilakukan dengan kaedah unik IntelSys yang membolehkan akses ke semua klinik melalui internet
    Team Member

    Akses Dari Mana Mana Sahaja

    Selagi ada internet, IntelSys boleh diakses dari mana mana. Kalau tiada internet, IntelSys masih boleh digunakan tanpa gangguan di klinik

    Team Member

    Lengkap Dengan Semua Ciri-ciri

    Capai kecekapan paling tinggi bukan sahaja dalam pengurusan klinik malah dalam aspek perniagaan juga

    Team Member

    Tiada Tandingan Kepada IntelSys

    Tanpa pengalaman 'hands on' kami, amat sukar bagi yang lain untuk menggabungkan semua aspek pengurusan klinik GP dalam satu platform

    Keperluan Asas

    IntelSys memerlukan satu komputer (Windows tidak diperlukan) sebagai 'server'. Mana-mana komputer atau peranti lain (bilangan tidak terhad) boleh menyambung kepada IntelSys.

    Harga

    Perisian sebagai rakan kongsi doktor
    IntelSys Premium (Private Cloud)
    Bayaran Pertama
    RM7000
    • Semua modul
    • Latihan Di Klinik
    • Akses IntelSys Dari Mana Mana
    • Ilustrasi Perubatan Komprehensif
    • Sistem Maklumat Ubat
    • Pelbagai Templat Laporan Perubatan
    • Pelbagai Templat Laporan Radiologi
    Yuran Tahunan
    (dari tahun kedua)
    RM1000
    • Bantuan & Sokongan Atas Talian Tidak Terhad
    • Jimat dengan integrasi sistem akaun, inventori & HR/payroll
    • Naik Taraf/Update Berterusan
    QMS
    (pilihan)
    RM500 Percuma
    • Tidak termasuk perkakasan (hardware)
    Biometric Time Attendance
    (pilihan)
    RM3500
    • Sistem Kedatangan Menggunakan Cap Jari & Gambar
    • Mengintegrasikan sistem penggajian (payroll) & jadual waktu
    IntelSys Lite Untuk Klinik Baru
    RM30/bulan
    Prabayar Untuk Setahun
    • Bilangan pesakit kurang dari 30 sehari
    • Bantuan/Sokongan Terhad
    • Berasaskan Cloud
    • Boleh dinaiktaraf ke IntelSys Premium
    Mengapa kos rendah?
    • Bantuan/sokongan terhad
    • Pembelajaran sendiri melalui manual
    • Cawangan/multi clinic tidak disediakan
    • Tiada integrasi dengan peralatan luar (e.g. haematology, ultrasound, xray, patient monitor)
    • Tidak disyorkan untuk klinik yang telah mantap